Aku memang dah lama tak menulis (selain dari menulis di sini) sejak kelahiran DRSA#10. Bermakna jangan haraplah korang akan jumpa DRSA isu terbaru dalam masa 2 - 3 bulan ni. Rasa malas sungguh nak menulis. Orang putih kata tak ada mood. Aku tau, nanti akan ada yang komen 'kalau malas, bila nak berjaya'. Tapi, itulah hakikatnya - dengan beberapa faktor yang mempengaruhi. Tak perlulah aku menyenaraikan faktor-faktor itu sebab ini bukan menjawab soalan peperiksaan. Bukan sahaja malas menulis, malah membaca pun malas juga. ada 4 -5 zine yang sampai ke tangan aku, tapi tak terbaca-baca lagi.
Namun, musim peperiksaan tiba lagi. Bukan aku yang ambik periksa, tapi aku kena jaga periksa. Bagusnya musim peperiksaan ni pada aku sebab masa ni la aku mula membaca kembali. Bukan apa, untuk isi 'lompong' masa (bak kata PK aku, "lompong ke lompang?") Duduk je tak buat apa-apa kadang-kadang sapai 2 jam setengah sangat membosankan. Masa ni kadang-kadang tengah berdiri pun aku boleh tertidur. Jadi, lebih baik aku baca zine ke buku ke kan? Dah 2 -3 zine aku khatam masa musim peperiksaan. haha.. Tapi dalam pada membaca tu pun bukanlah kata tak tengok sekeliling. Tengok kelas jugak. kalau kelas yang kuat meniru tu tak bolehlah.
Untuk pengetahuan entri ini ditulis pada pukul 5.5o pagi. Satu masalah bila menulis pagi-pagi ni ialah sering terganggu oleh panggilan tandas. Pagi-pagi kena buat pelaburan. ni pun dah dipanggil. jadi, aku pergi dululah.
*sila maafkan kalau ada terkurang m sebab keypad m ni problem
Monday, November 09, 2009
Friday, October 30, 2009
Pengetahuan Am
Oleh kerana raksasa telah muncul (pada entri yang lepas), maka muncullah pula adiwira-adiwira yang sanggup berkorban untuk menentang raksasa-raksasa jahat tersebut. Salah satu adiwira yang digemari oleh Faiq ialah manusia cahaya ni - Ultraman.
Ultraman ni dah lama wujud.. sejak tahun 66 lagi. Sudah terlalu banyak evolusi yang dilakukan terhadap ultraman dan pasukan menghapuskan raksasa ni. Masa aku kanak-kanak dulu, pasukan yang menentang raksasa ni namanya MAT, dan anggotanya yang mendapat kuasa ultraman ni namanya Hayata.
Masa cuti sekolah bulan 5 haritu kami sekeluarga balik ke Pontian. Dan kalau ke bandar Pontian, kami akan cari masa untuk singgah di kedai menjual pelbagai vcd/dvd asli dan cetak rompak. Semestinya aku pilih yang cetak rompak sebab reganya murah. Dalam pada duk belek-belek tu, Faiq ternampak dvd ultraman dan mulalah melakukan pelbagai helah untuk mendapatkan dvd tersebut. Maka terpaksalah ibunya membelikannya. Aku ingatkan sekeping sahaja... tapi rupa-rupanya 3 keping - dvd. Fuh! dah macam diskografi ultraman pulak. Siap ada cerita sejarah kemunculan raksasa, kemudian barulah muncul ultraman. Dari ultraman zaman dulu hingga ke ultraman zaman kini, keluarga ultraman, mak ayah, datuk ultraman semua ada.
Faiq ni pun satu jugak.. nak tengok tapi takut-takut. Yelah.. raksasanya memang ganas-ganas dengan bunyi yang menakutkan. Kalau dia nak tengok terpaksalah ibu/ayah temankan dia.
Jadi, di sini aku nak uji minda pembaca sekelian: Cuba senaraikan nama-nama ultraman zaman kanak-kanak anda dan juga apa sahaja ultraman yang anda tahu. Yang paling banyak tahu akan dapat hadiah.
Wednesday, October 28, 2009
Raksasa

Hoi.. hoi you! Kamu kenal saya? Diperkenalkan... aku monster globalisasi paling mutakhir di abad ini. Pastikanlah... pastikanlah anda semua bersedia. Huahahhaa...
Hey...! Kamu dah kenal saya kan? Berani menentang saya? Barang siapa yang berani, saya akan makan kamu semua hahahahuargh!
Hari demi hari... hidup pun tak pasti lagi. Gali lubang tutup lubang. Gali lagi, gali.... Puyeng!
Friday, October 23, 2009
Gali Lubang
Gali lubang, tutup lubang, gali lagi, gali... puyeng..!
1. Jalan - tak kiralah jalan raya ke jalan tak raya ke, elok-elok jalan tu, di gali. lepas tu tutup. kalau tutup tu elok-elok tak apalah. Ini... naik sana, turun sini. Kedai tayar jugak dapat untung. Kereta banyak buat alignment.
2. Hutang wang ringgit. Dah habis bayar hutang ni, buat hutang lain pulak. Tak pernah lenyap hutang ni. Hai... manusia... manusia... (aku la tu).

Gali gali gali gali gali lubang
Lubang di gali, mengali luban untuk menutup lubang.
Tertutup sudah lubang yang lama
Lubang baru terbuka
-- Salleh Yaacob--
Sunday, October 18, 2009
Rahmat (Bukan Rahmat Haron)
Upin: Banjir tu pun rahmat Tuhan ke Opah?
Opah: Ya, Tuhan nak mengingatkan kita, bila kita buat rumah, kita mesti buat longkang. Biar air tu boleh mengalir ke sungai. Lepas tu janganlah buang sampah ke dalam longkang. Itulah sebabnya banjir.
[Petikan dari cerita Upin dan Ipin]
Aku tengok sekarang ni banyak betul rumah-rumah baru naik. Besar-besar pulak tu. Takpelah, masing-masing banyak duit kan? Merata ceruk aku pergi, ada je aku jumpa rumah yang sedang atau dah pun naik. Baguslah tu. Sebab rumah ni salah satu hak asasi manusia juga. Sepatutnya setiap keluarga mempunyai sebuah rumah sendiri. Kerajaan pun dah buat Syarikat Perumahan Negara ke apa nama, tolong buat rumah dengan harga yang murah. Tapi macam biasalah, atas kertas nampak memang cantik, ada usaha nak tolong rakyat. Bagus tu. Tapi dari segi pelaksanaannya aku tak nak sentuhla.
Apa yang aku perhatikan, biasanya sekurang-kurangnya sesebuah rumah akan dibuat sama aras dengan jalan. Tak pun tinggi sedikit. Masalahnya apa yang aku nampak, rumah yang dibina kemudian akan dibuat lebih tinggi lagi dari rumah jirannya. Rumah yang dibina kemudian lagi, akan dibuat lagi tinggi dari yang dah tinggi tadi tu. Dan begitulah seterusnya. Masing-masing nak menyelamatkan diri masing-masing. Masing-masing tak nak air bertakung dalam kawasan rumah masing-masing. Habis tu air tu nak pergi mana? Ke rumah yang rendah sikit? Rumah jiran? Ada ke dia buat longkang/parit di sekeliling rumah mereka? Setakat ni aku tak jumpa. Rugilah. Buat longkang/parit kan dah makan tanah (kawasan tanah) sendiri. Mereka memang memikirkan masa depan. Masa depan mereka. Tidak termasuk jiran-jiran mereka. Sebab tulah sekarang ni hujan sikit je dah banjir. Rahmat Tuhan yang menguasai.

Monday, October 12, 2009
Tuesday, October 06, 2009
Fight For What?
A: Untuk apa kita buat semua ni, untuk apa kita fight? Ok, kaji balik apa kita punya roots, apa yang nak kita cari sebetul-betulnya, kita jujur ke tak jujur. Ok? Faham tak? Jangan buat sesuatu…. Apa orang cakap rebellious tu tanpa sebab. Jangan sebab kita just follow benda tu blindly. Nampak orang buat, kita cuba buat. Kita push-up diri kita walaupun kita tak ikhlas. Ada guna ke tak ada guna?
B: Fikir dulu sebelum nak buat sesuatu.
A: Kita sama-sama cuba realize benda ni hari demi hari. Sebab kalau ikut… apa… darah muda, takkan ke mana kita punya fight. Setuju tak? Oklah, sama-sama kita cuba. Yang first kita cuba ubah diri kita, ok? Your own body only your own choice. Make your own decision.
X: Panjang cakap tuuu…..
Subscribe to:
Posts (Atom)